PENGGUNAAN DI WAJAH

>> Sebelum menggunakan Eumora Spa Facial Bar, gunakan removal make up / wet tissue (tisu basah) bagi membuang make up di wajah

>> Rehatkan kulit wajah dalam 20 – 30 minit atau lebih bagi membolehkan kulit wajah anda berada dalam keadaan natural sebelum menggunakan Eumora Spa Facial Bar

>> Basahkan kulit wajah anda, bagi menyingkirkan kotoran atau minyak di permukaan kulit

>> Tepis air di kulit wajah anda, bagi meminimumkan air yang ada

>> Gosok Eumora Spa Facial bar di telapak tangan sehingga berbuih tebal

>> Oleskan buih di wajah dan letak lebih buih di kawasan berjerawat, berparut dan lain-lain. Jangan digosok!

>> Biarkan buih tersebut meresap ke bawah lapisan kulit dan liang roma selama 2 – 3 minit (syor: jangan lebih dari 3 minit)

>> Selepas itu, bilas sebersihnya

>> Biarkan ianya kering sendirinya, tidak perlu dilap

>> Gunakan 2 kali setiap hari (pagi dan malam)

 

PENGGUNAAN DI KULIT BERMASALAH (seperti: kurap, ruam, bintat, bekas gigitan nyamuk, kulit kering, parut dan lain-lain) 

>> Basahkan kawasan kulit bermasalah bagi menyingkirkan kotoran di permukaan kulit

>> Tepis air di kawasan yang dibasahkan tadi, bagi meminimumkan air yang ada

>> Gosok Eumora Spa Facial Bar di telapak tangan sehingga berbuih tebal

>> Ratakan buih di kawasan kulit bermasalah

>> Biarkan buih tersebut meresap ke bawah lapisan kulit selama 3 – 5 minit

>> Selepas itu, bilas sebersihnya

>> Gunakan Eumora Spa Facial Bar apabila perlu

 

PENGGUNAAN DI RAMBUT (seperti kelemumur, botak, rambut nipis)

 >> Bagi masalah rambut berkelemumur, kikis kelemumur di kulit kepala terlebih dahulu

>> Basahkan rambut bagi membuang kotoran (kepingan-kepingan kelemumur) dan minyak di permukaan kulit kepala

>> Gosok Eumora Spa Facial Bar di telapak tangan sehingga berbuih tebal

>> Ratakan buih di kulit kepala

>> Biarkan buih tersebut meresap ke lapisan kulit selama 5 – 7 minit, ikut keselesaan anda

>> Selepas itu, bilas sebersihnya

>> Lap rambut sehingga kering, bagi mengelakkan pembiakkan bakteria. Elak gunakan hair dryer.

>> Gunakan Eumora Spa Facial Bar apabila perlu

 

CARA PENGGUNAAN EUMORA SPA FACIAL BAR MENGIKUT JENIS KULIT 

>> Kulit sensitif:
Sebagai permulaan, gunakan selama 3 minit pada 1 hingga 3 hari (2 kali setiap hari). Selepas itu, memadai untuk menggunakan 1 hingga 2 minit.

>> Kulit berjerawat:
Gunakan selama 3 minit setiap kali cucian (2 kali sehari) selama seminggu. Minggu kedua dan seterusnya, memadai mengamalkan sabun seperti cucian biasa sahaja. Kemungkinan kulit akan kering dan mengeluarkan jerawat. Jangan risau, ini adalah proses penyahtoksinan dan pembersihan (detoxification process) dari dalam kulit. Ia hanya bersifat sementara. Teruskan menggunakan sabun Eumora. Tepek banyak buih di kawasan berjerawat. Di samping itu, banyakkan minum air kosong.

>> Kulit normal dan kering:
Sama seperti penggunaan kulit berjerawat. Pakai moisturizer sekiranya perlu (pastikan ianya tidak mengandungi AHA/bleach).

>> Kulit berparut:
Amalan yang konsisten dan betul membantu ‘memperbaiki’ kesan parut dengan efektif, di samping pembentukkan semula kolagen.

>> Kulit berpigmentasi:
Gunakan selama 2 minit sudah memadai. Berkemungkinan akan mengalami sedikit pengelupasan halus (bergantung kepada keaktifan kulit masing-masing). Biarkan pengelupasan bertindak secara semulajadi dengan bantuan sabun Eumora. Ini adalah kerana proses sel mati dipisahkan dari lapisan permukaan kulit. Ianya bertujuan untuk menyama ratakan ton kulit anda. Anda juga mungkin akan mengalami sedikit kegatalan dan kekeringan yang bersifat sementara, disebabkan oleh perubahan sel pada kulit.

 

PROSES DAN TINDAKBALAS SEMASA MENGGUNAKAN EUMORA SPA FACIAL BAR

>> Memandangkan Eumora Spa Facial Bar adalah lebih kepada rawatan dan pembersihan, anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan pada permulaan menggunakan sabun Eumora.

>> Berikut adalah antara tindakbalas dan keterangan mengenainya (tidak berlaku kepada setiap individu):

Kulit menjadi kering – Gunakan moisturizer yang tidak mengandungi AHA/bleach, guna apabila perlu sahaja.

Keluar bintik-bintik halus di muka – Proses ‘DETOX’ sedang berlaku. Anda mungkin mengalami pertumbuhan bintik-bintik halus dan berpasir untuk tempoh antara 3 – 10 hari. Ianya bergantung kepada tahap toksid yang terkandung di bawah kulit wajah anda.

Pengelupasan – Eumora Spa Facial Bar dalam proses meremajakan kulit anda. Eumora Spa Facial Bar tidak menghakis kulit anda, sebaliknya menggugurkan lapisan yang tidak dapat diperbaiki dan memperbaharui kulit tersebut dengan kulit yang licin. Oleh itu, kulit anda sebenarnya tidak mengelupas, tetapi lebih sesuai disebut bersalin kulit.

Gatal – Itu tandanya anda mempunyai resdung. Eumora Spa Facial Bar akan melakukan proses ‘DETOX’ dan akan mengeluarkan bahan-bahan kotor dari kulit anda termasuk resdung. Sewaktu proses ‘DETOX’ ini, anda akan mengalami sedikit rasa kegatalan pada awal penggunaan.

Kulit menjadi lebam – Eumora Spa Facial Bar bekerja dengan memulihkan sel-sel kulit yang lemah atau mati. Proses ini juga melibatkan perubahan hormone. Anda mungkin mengalami kelebaman sekiranya tidak mempunyai waktu tidur yang mencukupi. Proses ini adalah bersifat sementara sahaja.

Keluar jerawat – Sekiranya anda penggemar makanan bergoreng, makanan laut dan daging (makanan yang banyak mengandungi toksin), maka toksin yang berlebihan akan disimpan di bawah kulit tubuh. Eumora akan melakukan proses ‘DETOX’ iaitu membuang toksin dari badan anda dan proses ini menyebabkan ketumbuhan jerawat (jerawat adalah antara tindakbalas toksin di dalam kulit)

>> Kesan sampingan di atas hanya bersifat sementara. Jadi teruskan menggunakan Eumora Spa Facial Bar. Ianya juga tidak berlaku kepada setiap individu.

>> Bagi mendapatkan kesan yang efektif, gunakan Eumora Spa Facial Bar dengan cara yang betul dan konsisten (berterusan).

 

TIPS DAN SYOR

>> Pastikan anda merehatkan kulit wajah anda selama 20 – 30 minit selepas membuang make up menggunakan removal make up atau wet tissue.

>> Kurangkan makanan bergoreng, makanan laut dan daging (makanan ini mengandungi toksin yang tinggi).

>> Sebolehnya, elakkan makan kuning telur dan pedas (penyebab jerawat) serta masakan berkicap (penyebab parut hitam akibat jerawat).

>> Sekiranya menggunakan Eumora Spa Facial Bar lebih dari 3 kali, jangan biarkan buih terlalu lama di permukaan kulit pada cucian ke 3 tersebut. 1 minit adalah memadai.

>> Bagi membantu mempercepatkan proses pembuangan toksin di kulit wajah, anda digalakkan minum air dalam jumlah yang banyak.

>> Tidak dibenarkan menggunakan produk lain bersama-sama dengan Eumora Spa Facial Bar. Hal ini akan mengganggu rawatan kulit yang sedang dibuat oleh Eumora Spa Facial Bar. 

>> Jangan picit jerawat yang tumbuh atau garu kawasan kulit yang mengalami kegatalan tersebut. Apa yang perlu dilakukan, lebihkan buih di kawasan terlibat semasa menggunakan Eumora Spa Facial Bar.

>> Hanya moisturizer, foundation dan sunblock yang tidak mengandungi AHA / Bleach sahaja yang dibenarkan. Antara moisturizer yang disyorkan adalah: Colonial Dames.


0 Responses to “CARA PENGGUNAAN EUMORA”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




December 2016
M T W T F S S
« Aug    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 15,242 hits

%d bloggers like this: