25
Aug
09

Pengenalan Kepada Eumora

prdt_eumora_01

 

 

 

 

 

 

 Allah S.W.T telah befirman di dalam beberapa ayat dalam Al-Quran yang menceritakan perihal kejadian manusia;

 

Surah Al Mu’minun ayat 12 – 16 yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan nuftah dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati. Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat.“

 

Surah Nuh ayat 17 – 18 yang bermaksud:

“Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sabaik-baiknya. Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu(daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya”

 

Surah Thaha ayat 55 yang bermaksud:

“Dari bumi(tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain”

 

Surah Al-Hajj ayat 5 yang bermaksud:

“ …maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah,….”

 

Merujuk kepada ayat-ayat diatas dapatlah kita yakini dengan sepenuh hati bahawa asal-usul kejadian manusia itu tidak lain dan tidak bukan adalah dari tanah sendiri. Ini sekaligus telah menyangkal teori-teori barat bahawa manusia itu sendiri berasal dari keturunan monyet dan sekutunya. Di sini bukanlah niat saya untuk  membincangkan mengenai teori-teori tersebut tetapi sekadar ingin memaparkan kepada masyarakat ramai bahawa tanah sangat dekat dengan kehidupan kita dan keperluan tanah sebagai salah satu keperluan hidup tidak dapat disangkal lagi. Tanah di bumi ini wujud didalam bermacam-macam bentuk, tekstur, warna dan lapisan. Setiap jenis tanah itu mengandungi unsur-unsur garam-galiannya yang tersendiri dan sememangnya kewujudan unsur-unsur ini banyak memberikan kebaikan di dalam kehidupan kita seperti untuk menyuburkan tanaman dan sekiranya kebaikan garam-galian atau nutrisi terpilih ini diekstrak dengan teknologi terkini, dapat dimanfaatkan kelebihannya dalam bidang perubatan.

             Selain itu, kita mungkin terlepas pandang bahawa ada sesetengah tanah atau lumpur yang kita nampak kotor dan tidak berguna diluar sana sebenarnya kaya dengan sebatian herba organik, hormon tumbuhan, unsur surih dan antibiotik semula jadi yang mana jika dimanfaatkan di dalam bidang kecantikan akan meghasilkan satu produk yang bermutu, berkesan dan berkualiti untuk diguna pakai dalam kehidupan kita sehari-hari. Pakar-pakar kecantikan hari ini telah mengilhamkan berkaitan unsur- unsur ini untuk diterima pakai di dalam membaik pulih kesihatan kulit dan sekaligus mencantikan kulit manusia secara semula jadi. Ini dapat kita perhatikan di mana banyak spa-spa kecantikan di luar sana yang menggunakan tanah sebagai salah satu ramuan dalam proses membaik pulih kejelitaan dan kecantikan kulit para pelanggan mereka. Salah satu unsur tanah yang paling efisyen dan berkesan yang banyak digunakan adalah sejenis lumpur yang jarang serta kaya dengan nutrin yang dikenali sebagai MOOR.

 APAKAH ITU MOOR????

              MOOR itu sendiri terbentuk sejak zaman ais lagi malah ianya telah diguna pakai sejak berkurun-kurun lamanya oleh manusia ketika perang dahulu kala untuk menyembuhkan kecedraan atau luka akibat perang. Malah kebaikan MOOR juga pernah diilhamkan oleh doktor-doktor di Eropah dengan mempraktikkannya dalam rawatan kulit yang bernanah, radang dan bengkak serta penyakit yang berkaitan dengan usus atau artric. Seiringan dengan perkembangan baik MOOR ini didalam bidang kesihatan dan kecantikan, banyak negara-negara pada masa sekarang seperti Austria dan Jerman telah melengkapkan kemudahan hospitaliti mereka dengan rawatan MOOR disamping pekerja yang terlatih bagi mengendalikan sumber ini.

             MOOR terdiri daripada unsur-unsur asid lemak dan lipid yang kaya dengan minyak perahan tumbuhan yang wujud secara semula jadi dan ini berbeza dengan unsur-unsur yang tidak asli yang banyak digunakan sebagai ramuan dalam penghasilan produk-produk kecantikan dan kosmetik yang sering di sogokkan kebaikannya dan keberkesanannya kepada pengguna-pengguna di luar sana. Umum telah mengetahui bahawa manusia dijadikan tuhan dari tanah dan oleh itu, unsur-unsur tanah jugalah merupakan ubat terbaik dalam merawat manusia. Berbalik kepada kebaikan MOOR, kajian terpeinci telah membuktikan bahawa :

 1)      MOOR dengan mudah meresap ke dalam lapisan kulit , mengekalkan keseimbangan pH semula jadi kulit dan sekaligus mempertingkatkan aliran darah ke kulit.

2)      MOOR jika diaplikasikan ke lapisan kulit dapat menyahtoksidkan segala bahan kimia di dalam kulit, membersihkan secara mendalam, dan menyegarkan semula kulit oleh  agen nutrien aktif organik dan bukan organik yang boleh larut.

3)      MOOR juga telah menjalani kajian klinikal dan didapati bahawa ia tidak akan mengakibatkan alahan malahan juga amat sesuai di adaptasi kepada semua jenis kulit di pelbagai usia.

             Kulit manusia terbentuk daripada beberapa lapisan di mana lapisan paling luar dikenali sebagai Epidemis diikuti oleh lapisan seterusnya iaitu Dermis manakala lapisan paling bawah sekali pula dikenali sebagai Hypodermis. Kebanyakkan produk kecantikan biasa hanya merawat kulit di lapisan paling atas sahaja (Epidermis) dan mereka mungkin terlupa untuk menjadikan produk mereka lebih efisyen  agar dapat merawat 2 lapisan di bawah lagi agar kelembapan yang secukupnya dibekalkan bagi memperbaiki kulit.

 lapisan kulit

Akibat tidak dirawat dari dalam, kulit akan mengalami penyahhidratan, hilang keserian dan menjadi lebih rapuh serta kurang efektif sebagai mana fungsi kulit yabg sepatutnya iaitu memberi halangan kepada bakteria dan jangkitan. Di sebabkan itulah terdapat banyak produk di luar sana yang boleh disifatkan seperti “jauh khabar dari rupa” di mana pengguna digula-gulakan dengan keberkesanannya tetapi hanya dilapisan luar sahaja kulit nampak cantik tetapi di lapisan dalam adalah sebaliknya. Dengan itu, sesuatu produk kecantikan harus memiliki elemen yang mempunyai keupayaan untuk masuk kedalam kulit dan merawat kulit jauh dari dalam. Salah satu faktor yang paling bijak untuk memikul tanggung jawab tersebut ialah H-ma (Hydro-Micro Alga)

lapisan kulit

             H-ma merupakan satu elemen penumpuan ramuan-ramuan aktif semula jadi yang unik dan diperah daripada intipti mikroalga organic dalam bentuk zarah nano. Sumber ini jika di adaptasi di dalam penghasilan kosmetik dan di aplikasikan terhadap kulit akan bertindak dengan menembusi kulit secara mendalam dan menghidratkan kulit secara berterusan.  H-ma juga dikenal pasti sebagai unsur yang dapat memulih dan melindungi kulit secara aktif dan seterusnya menigkatkan keupayaan kulit di bahagian paling atas agar bertindak sebagai perlindung terhadap segala kemudaratan dan jangkitan kulit.

H-ma

           Oleh yang demikian, kedua-dua unsur ajaib ini, jika di gabungkan kewujudannya dan dimanfaatkan kebaikannya dalam satu bahan kosmetik  akan membentuk satu produk yang sangat efektif dalam merawat dan membentuk kesihatan kulit secara semula jadi. Persoalannya di sini, di manakah kita boleh mendapatkan satu produk kecantikan yang menggabungkan kesemua elemen-elemen tersebut??? Jika ada sekalipun tentu harganya mahal dan tidak mampu dimiliki oleh kebanyakkan orang. Jawapan kepada permasalahhan ini adalah EUMORA. Ya!!! produk EUMORA adalah salah satu produk kecantikan yang di adaptasi dari kedua-dua kebaikan sumber tersebut dan digabung dengan ramuan-ramuan asas dari Eropah, malah ianya salah satu produk yang mampu milik kerana harganya yang murah manakala keberkesanannya pula seperti mendapatkan rawatan di pusat rawatan kulit yang terkenal dan professional.

 

      MOOR  +  H-ma  +  Ramuan Asas dari Eropah = EUMORA

 

             Justru, katakan “TAK NAK”  kepada produk-produk kecantikan diluar sana yang mana jika dirungkai prosess penghasilannya akan menemukan kita dengan pelbagai bahan kimia yang terkandung di dalamnya di mana sesetengah bahan tersebut berbahaya dan boleh memberikan kesan sampingan jangka pendek mahupun jangka panjang jika digunakan berkali-kali. Beralihlah kepada EUMORA, sejenis produk kecantikan yang berasaskan alam semula jadi yang Halal, lebih efektif dan mesra pengguna tanpa memberikan kemudaratan, malahan dapat membaik pulih kesihatan kulit dari dalam lalu melahirkan kulit yang lebih berseri, anjal dan  bersifat lebih neutral. Rasailah “ RAHSIA KECANTIKAN SEMULA JADI LAHIR DARI KEAJAIBAN ALAM” 

              EUMORA juga telah memperoleh pengiktirafan status produk halalnya dari Islamic Food Centre Asia (IFRC ASIA) dan produknya juga telah melepasi tahap piawaian oleh Natioanl Pharmaceutical Control Bureau.

 


0 Responses to “Pengenalan Kepada Eumora”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


August 2009
M T W T F S S
     
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 15,242 hits

%d bloggers like this: